Unable to load lists() from MailChimp: (410) Mailchimp API versions 2.0 and Export 1.0 are no longer available. For more information see https://mailchi.mp/7a37f04b6eb2/api-export-10-and-api-20-retirement

Sambutan Hari Malaysia 2014 Di KRU Academy – KRU Academy

Setiap tahun, Malaysia menyambut hari penting iaitu tarikh keramat 31 Ogos 1957 di mana Tanah Melayu pada waktu itu mendapat kemerdekaan dari kerajaan British. Satu lagi tarikh yang juga sangat penting kepada Malaysia ialah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Pada tahun 2014, tema bagi sambutan kemerdekaan peringkat negara ialah “Malaysia, di sini lahirnya sebuah cinta”. Sehubungan itu, warga KRU Academy turut sama menyambut dan meraikan sempena Pembentukan Malaysia kali ke 51 ini. Acara ini disertai oleh 200 orang pelajar dan 20 kakitangan KRU Academy. Antara objektif utama acara ini adalah;

• Menyuntik semangat kemerdekaan di kalangan warga KRU Academy
• Memupuk perasaan kasih sayang di kalangan warga KRU Academy
• Memupuk perasaan hormat meghormati antara pelajar dan pensyarah melalui aktiviti yang dilaksanakan
• Membentuk daya kreativiti pelajar melalui pertandingan yang diadakan

Secara keseluruhannya, aktiviti-aktiviti yang dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan telah dilaksanakan dengan lancar berdasarkan komitmen yang diberikan oleh setiap pelajar. Pertandingan yang diadakan di peringkat kelas dan individu adalah seperti Perbarisan Hormat, Lagu Patriotik, Deklamasi Sajak, Reka Cipta Watak, Filem Pendek dan Fesyen Merdeka. Beberapa pertandingan telah dipertandingkan sepanjang bulan kemerdekaan dan peserta yang berjaya dinilai pada peringkat akhir iaitu kemuncak acara kemerdekaan. Bagi pertandingan Perbarisan Hormat yang telah diadakan pada hari kemuncak, kelas-kelas yang bertanding memberikan persembahan yang menarik, kreatif dan menyakinkan walaupun tempoh latihan adalah sangat singkat. Melaluinya, kerjasama antara pelajar dapat dilihat melalui pembahagian tugas yang dilakukan. Pihak jawatan kuasa program mengucapkan ribuan terima kasih pada penasihat KRU Academy Dato Yusof bin Harun dan Dato Che Manis kerana sudi hadir dan merasmikan sambutan ini.

Leave a Reply